Selasa, 6 Disember 2016 | 4:35pm
Prof Dr Samsudin A.Rahim (tiga dari kiri) bersama Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Dr Ibrahim Saad (tiga dari kanan), Timbalan Dekan FSSK, Prof Dr Hamzah (kiri), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Industri dan Jaringan Masyarakat), Prof Datuk Dr Imran Ho Abdullah (dua dari kiri), Prof Datuk Dr Mazlan (dua dari kanan) dan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman (kanan) pada majlis Sanjungan dan Ucap Balas Anugerah Gelaran Profesor Emeritus. - Foto Surianie Mohd Hanif

Samsudin dianugerah gelaran Profesor Emeritus


Prof Dr Samsudin A.Rahim (tiga dari kiri) bersama Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Dr Ibrahim Saad (empat dari kanan), Timbalan Dekan FSSK, Prof Dr Hamzah (kiri), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Industri dan Jaringan Masyarakat), Prof Datuk Dr Imran Ho Abdullah (dua dari kiri), Prof Datuk Dr Mazlan (tiga dari kanan) dan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman (dua dari kanan) pada majlis Sanjungan dan Ucap Balas Anugerah Gelaran Profesor Emeritus. - Foto Surianie Mohd Hanif

BANGI: Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Samsudin A Rahim, dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus atas sumbangan besarnya dalam bidang komunikasi pembangunan dan perubahan sosial serta pembangunan negara.

Penganugerahan disampaikan sempena Majlis Konvokesyen UKM Ke-44, baru-baru ini, adalah penghargaan dan penghormatan tertinggi buat diri beliau sepanjang 36 tahun berkhidmat di universiti itu.

Secara peribadi, Samsudin menyifatkan sumbangannya kepada UKM sebagai amat kecil berbanding rezeki dan pengalaman bermakna yang diperoleh beliau di universiti itu selama ini.

Beliau berkata, anugerah itu mempunyai implikasi sangat besar dalam hidupnya dan ikatan sedia terjalin dengan UKM akan terus kekal walaupun selepas bersara tidak lama lagi.


Prof Dr Samsudin A.Rahim (kiri) menyampaikan ucap balas selepas menerima Anugerah Gelaran Profesor Emeritus. - Foto Surianie Mohd Hanif

Dalam tempoh 15 tahun pertama bertugas di UKM, katanya, beliau banyak terbabit dengan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) peringkat serantau untuk berkongsi dan mempraktikkan ilmu diperoleh, terutama dalam bidang pengkhususannya, iaitu Komunikasi Pembangunan dan Perubahan Sosial.

"Agensi serantau seperti Pusat Maklumat dan Media Asia (AMIC) serta Institut untuk Pembangunan Komunikasi Asia (AIDCOM) banyak memberi peluang untuk saya menimba pengalaman penyelidikan kolaboratif dengan penyelidik negara lain bagi menangani isu komunikasi dan pembangunan di rantau Asia," katanya pada Majlis Sanjungan dan Ucap Balas Anugerah Gelaran Profesor Emeritus di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Dr Ibrahim Saad; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Industri dan Jaringan Masyarakat), Prof Datuk Dr Imran Ho Abdullah; dan Dekan FSSK, Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman.


Prof Dr Samsudin A.Rahim (dua dari kiri) beramah mesra bersama Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Dr Ibrahim Saad (dua dari kanan), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Industri dan Jaringan Masyarakat), Prof Datuk Dr Imran Ho Abdullah (kiri) dan Prof Datuk Dr Mazlan (kanan) pada majlis Sanjungan dan Ucap Balas Anugerah Gelaran Profesor Emeritus. - Foto Surianie Mohd Hanif

INFO: Prof Dr Samsudin A Rahim
Kelulusan:

- Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Komunikasi Massa daripada University of Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat

- Ijazah Sarjana dalam bidang Komunikasi Pembangunan, University of Wisconsin-Madison

- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi, UKM

Sumbangan:

- Ketua Jabatan Komunikasi dan diamanahkan menstruktur semula serta membangunkan FSSK, sekali gus bertindak sebagai Dekan Pengasas FSSK

- Pernah menyandang tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

- Perintis dalam pembentukan Indeks Belia Malaysia dan Peta Belia Malaysia yang masih digunakan oleh KBS

- Melengkapkan pembangunan Indeks Kanak-Kanak Malaysia 2009 yang dibiayai Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF)

- Pernah dilantik sebagai Konsultan Komunikasi kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Uzbekistan dan Senior Visiting Fellow di Nordic Institute of Asian Studies, Copenhagen, dan di International Institute of Asian Studies, Leiden

- Ahli Jawatankuasa Penggubalan Pelan Tindakan Belia Negara dan Ahli Jawatankuasa Penggubalan Dasar Komunikasi Negara.

Berita Harian X