Rabu, 7 Disember 2016 | 1:43pm

Sheila Abdul-Ammar nikah 18 Disember

Penyanyi, Sheila Abdull sewaktu majlis pertunangannya dengan Ammar Habir.
Penyanyi, Sheila Abdull sewaktu majlis pertunangannya dengan Ammar Habir.

KUALA LUMPUR: Selepas setahun bertunang, penyanyi, Sheila Abdull, 27, bakal menamatkan zaman bujang dengan anggota kumpulan Drama Band, Ammar Habir, 28, pada 18 Disember ini.

Majlis pernikahan akan diadakan pada waktu pagi di rumah keluarga Sheila di Taman Ihsan Jaya, Johor Bahru.

Memberitahu BH Online, Sheila atau nama penuhnya, Nursheila Abdullah berkata, majlis resepsi diadakan pada tengah hari di sebuah dewan dengan dihadiri kira-kira 1,500 orang tetamu.

"Alhamdulillah, setakat ini persiapan hampir selesai, cuma sibuk menguruskan pengedaran kad undangan.

"Doakan agar majlis kami berlangsung dengan lancar. Tinggal beberapa hari lagi, berdebar juga rasa," katanya ketika berkunjung ke Balai Berita untuk mengedarkan kad undangan majlis perkahwinan bertemakan kontemporari tradisional itu.

Ammar atau nama penuhnya Mohd Ammar Mohd Habir berkata, mereka sudah mengedarkan kira-kira 700 kad undangan.

"Buat masa ini, kami hanya mengadakan satu majlis saja. Mungkin majlis sebelah pihak lelaki akan diadakan, cuma tidak pasti lagi tarikhnya," katanya.

Sheila dan Ammar mengikat tali pertunangan pada 20 Disember tahun lalu.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X