X
Rabu, 7 Disember 2016 | 3:45pm

Bapa didakwa rogol anak sendiri

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

[email protected]

KOTA BHARU: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan merogol anak kandungnya berusia 15 tahun di Kampung Pengkalan Datu Sering, di sini, bulan lalu.

Tertuduh berusia 59 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazri Ismail.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fahrul Razi Zainal Abidin dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati merogol anak kandungnya berusia 15 tahun satu bulan iaitu anak ke 10 daripada 12 beradik di alamat Kampung Pengkalan Datu Sering pada 22 hingga 24 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh dan menetapkan 17 Januari ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X