Khamis, 8 Disember 2016 | 11:48am

Siti Rahmah juara Kelas Putri E di Bali


Siti Rahmah M Nasir

BALI: Siti Rahmah M Nasir mengikut jejak Mohd Al Jufferi Jamari apabila meraih emas dalam Kelas Putri E, Kejuaraan Pencak Silat Dunia di Gelanggang Olahraga Lila Bhuana, di sini, sebentar tadi.

Kemenangannya itu turut membolehkannya menambah koleksi emas selepas meraihnya pada kejohanan sama tahun 2012 dan 2015.

Atlet Program Podium itu menewaskan pesilat Vietnam, Nguyen Thi Yen di pentas final - lawan yang pernah dikalahkannya di final Sukan SEA Singapura, tahun lalu.

Prospek pesilat Malaysia menambah emas terbuka luas apabila dua lagi pesilat memasuki pentas final apabila Razak Ghazali bertanding dalam Kelas Putra D dan Ummi Syazana Husin (Kelas Putri F).

Razak dijadual bertemu pesilat tuan rumah, Iqbal Chandra Pratama manakala Ummi berdepan Wendy Pieters (Belgium).

Berita Harian X