Khamis, 8 Disember 2016 | 1:11pm

Giliran Razak Ghazali menang emas


RAZAK Ghazali meraih pingat emas dalam Kelas Putra D, sebentar tadi. - Foto Twitter

BALI: Kekecewaan Nurul Ain Sohrab yang mengalami kecederaan di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2016 terubat apabila suaminya, Razak Ghazali meraih pingat emas dalam Kelas Putra D, sebentar tadi.

Razak berjaya menyerap serangan psikologi daripada lawan dari tuan rumah, Iqbal Chandra Pratama dengan keputusan 3-2.

Kemenangannya itu juga memperbaiki pencapaian pingat perak yang diraihnya di Phuket, Thailand tahun lalu.

"Kemenangan ini saya hadiahkan untuk isteri saya kerana dia sentiasa bersama saya, susah senang bersama saya, berlatih bersama, pergi kejohanan bersama dan berusaha meraih emas pun bersama.

"Selepas ini saya akan berlatih bersungguh-sungguh untuk mengekalkan gelaran ini," kata pesilat berusia 28 tahun itu.

Berita Harian X