Isnin, 12 Disember 2016 | 12:19pm

Maharani Michiko hidap bronkitis


Maharaja Jepun, Akihito (kiri) bersama Maharani Michiko di Istana Imperial Tokyo, dalam gambar fail diambil September 29, 2015 dan dikeluarkan oleh Imperial Household Agency Jepun. - Foto REUTERS

TOKYO: Maharani Michiko dari Jepun, 82, didiagnos dengan bronkitis teruk pada Jumaat selepas menghidap demam dan batuk, kata jurucakap istana.

Michiko terpaksa membatalkan penampilannya di pertandingan karate semalam dan berehat di istana.

Beliau batuk sejak November dan melakukan ujian X-ray awal bulan ini tetapi tiada kejanggalan ditemui, lapor media.

Michiko ialah orang biasa pertama mengahwini keluarga diraja Jepun apabila menjadi isteri Maharaja Akihito pada 1959. - Reuters

Berita Harian X