X
Isnin, 12 Disember 2016 | 1:02pm
SULTAN Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyampaikan Anugerah Keluarga Mithali kepada Mohd Shafiai Salleh sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Perak Tahun 1438H/2016M di Dewan Majlis Daerah Tanjung Malim hari ini.Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Pengarah Jabatan Jabatan Agama Islam Perak Datuk Mohd Yusop Husin (kiri). - Foto BERNAMA

SULTAN Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak berselawat bersama orang ramai pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Perak Tahun 1438H/2016M di Dewan Majlis Daerah Tanjung Malim hari ini. Turut berangkat Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli. - Foto BERNAMA

Rasuah, pecah amanah punca kejatuhan tamadun - Sultan Nazrin

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat hadir di Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Perak Tahun 1438H/2016M di Dewan Majlis Daerah Tanjung Malim. - Foto Supian Ahmad

MUALLIM: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, sejarah menunjukkan perbuatan pecah amanah, rasuah, tamak harta dan penggunaan kuasa secara rakus oleh manusia adalah faktor kejatuhan banyak kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun.

Baginda bertitah, dalam sejarah kerajaan Islam, ramai kalangan pemimpin Bani Umaiyah dan Bani Abas lupa kepada amanah Allah kerana terlalu asyik menikmati kemewahan dunia hingga menggunakan kekayaan untuk mengekalkan kuasa.

"Akibatnya, negara berada dalam kekacauan dan rakyat berada bersengketa.

"Apabila kuasa dianggap peluang untuk memenuhi kepentingan diri dan bukan amanah untuk mengimarahkan bumi Allah, maka rosaklah tata urus pemerintahan yang akhirnya berkesudahan dengan kejatuhan sesebuah kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Dewan Seri Tanjong di sini, hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Yang turut mengiringi, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Sultan Nazrin bertitah, peristiwa Abu Lababah menggambarkan beratnya hukuman mesti dilalui oleh mereka yang melakukan pecah amanah yang berpotensi menggugat kerukunan ummah dan kemakmuran negara.

"Sifat khianat terhadap amanah adalah sifat orang munafik dan kerana itu Allah menetapkan hukuman sangat berat kepada mereka yang mengkhianati amanah.

"Kebelakangan ini, dilaporkan begitu banyak berlaku perbuatan pecah amanah dan rasuah di negara ini.

"Berdasarkan berita yang tersiar di dalam pelbagai saluran media, perlakuan rasuah dan pecah amanah kini bukan sahaja berlaku secara berleluasa, malah berlaku pada skala yang sangat besar," titah baginda.

Titah Sultan Nazrin, lebih membimbangkan, apabila laporan turut menunjukkan perlakuan rasuah dan pecah amanah dilakukan secara lebih berani dan lebih terbuka dan dilakukan oleh golongan yang berjawatan besar dan berpelajaran tinggi.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X