X
Khamis, 15 Disember 2016 | 12:05am
HANNAH Irdina Hazudin, (tengah) yang mewakili Malaysia ke kejohanan memanah dalam dewan remaja dunia 2016 di Bangkok memenangi pingat perak dalam kategori wanita novis bawah 12 tahun bersama bapanya, Hazudin Badaruddin, (kanan), ibunya, Saliza Khalid, (kiri) dan adeknya, Hafizudin Hazudin, 9 di KLIA. - Foto Owee Ah Chun

Hannah Irdina julang Malaysia

HANNAH Irdina Hazudin, (tengah) yang mewakili Malaysia ke kejohanan memanah dalam dewan remaja dunia 2016 di Bangkok memperagakan pingat perak dalam kategori wanita novis bawah 12 tahun yang dimenangi di KLIA. - Foto Owee Ah Chun

SEPANG: Usianya baharu saja 12 tahun namun sudah mampu mencipta kilauan pingat di pentas dunia.

Isnin lalu, Hannah Irdina Hazudin membuahkan kilauan pingat perak dalam kategori Bawah 13 Tahun recurve novis wanita di Piala Dunia Memanah Dalam Dewan yang melabuhkan tirainya di Bangkok Thailand.

Pencapaian itu sudah tentunya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa selain menambah pola bakat baharu yang mampu diisi dalam skuad kebangsaan.

"Gembira kerana saya tidak pernah merasai pencapaian sebegini," kata Hannah yang pertama kali beraksi di pentas dunia itu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, malam ini.

Bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong (SKBJ) itu berkata, dia mempunyai perancangan untuk terus menempa nama di pentas antarabangsa selepas ini.

HANNAH Irdina Hazudin, (tengah) yang mewakili Malaysia ke kejohanan memanah dalam dewan remaja dunia 2016 di Bangkok memperagakan pingat perak dalam kategori wanita novis bawah 12 tahun yang dimenangi di KLIA. - Foto Owee Ah Chun
HANNAH Irdina Hazudin, (tengah) yang mewakili Malaysia ke kejohanan memanah dalam dewan remaja dunia 2016 di Bangkok memperagakan pingat perak dalam kategori wanita novis bawah 12 tahun yang dimenangi di KLIA. - Foto Owee Ah Chun

"Ada impian untuk pergi lebih jauh dalam sukan memanah dan saya akan terus berusaha gigih dan melangkah ke kejohanan yang lebih tinggi lagi," katanya yang ingin menyertai Siri 3 Piala Dunia yang dijadual berlangsung di Nimes Perancis, bulan depan.

Selain Hannah, seorang lagi remaja negara, Hariez Izkandar Zainal Habsahli turut meraih pingat pada kejohanan yang mula dianjurkan pada tahun 2010 itu.

Hariez menggondol gangsa dalam acara recurve novis lelaki manakala Aittiwat Soithog dari Thailand meraih perak. Pingat emas dimenangi atlet Iran, Seyedabolfazl Hosseini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X