Khamis, 15 Disember 2016 | 7:37am

Fabregas beri tiga mata penuh Chelsea


PEMAIN Chelsea, Cesc Fabregas (kanan) bersaing dengan pemain Sunderland, Fabio Borini pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium of Light, Sunderland, awal pagi tadi. - Foto Reuters

SUNDERLAND: Cesc Fabregas meledak gol tunggal Chelsea bagi mengekalkan rentak kemenangan skuad teratas Liga Perdana Inggeris itu dengan menghukum skuad tercorot, Sunderland 1-0, awal pagi tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Antonio Conte menjarakkan kedudukan dengan kelebihan enam mata daripada pesaingnya.

Meskipun mengawal hampir keseluruhan permainan di Stadium of Light, Chelsea masih bergelut untuk menambah jaringan.

Malah, dua percubaan Sunderland menyaksikan penjaga golnya, Thibaut Courtois menyelamatkan gawang ketika skuad bimbingan David Moyes bergelut untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Jaringan Fabregas muncul apabila dia saling melakukan umpanan bersama Willian sebelum Fabregas melakukan rembatan jarak jauh pada minit ke-40. - AFP

Berita Harian X