Sabtu, 17 Disember 2016 | 7:42am

Memelihara ekosistem penghadaman yang seimbang


Fruit mix over white background

ISTILAH bakteria mungkin menggambarkan imej mikroorganisma yang menjengkelkan dan berpotensi menyebabkan jangkitan atau penyakit. Namun, bukan semua bakteria tidak baik, terutama bakteria yang hidup di dalam usus kita.

Sistem penghadaman manusia mempunyai lebih 100 trilion sel mikrob, yang kebanyakannya adalah terdapat dalam sistem penghadaman. Mikroflora usus adalah ekosistem yang menjadi tempat tinggal bagi lebih 400 spesies bakteria yang majoritinya hidup dalam usus besar.

Selain membantu tubuh mencerna makanan, bakteria sistem penghadaman mempunyai pengaruh ke atas kesihatan metabolik, membantu mengawal sistem imun dan melindungi badan daripada toksin dan patogen.

Dalam sistem metabolik, bakteria sistem penghadaman menghasilkan enzim yang diperlukan untuk edaran enterohepatik bagi mengitar semula asid hempedu yang digunakan dalam pencernaan lemak dan penyerapan nutrien larut lemak. Enzim ini diperlukan untuk menghasilkan vitamin K, biotin, vitamin B12, asid folik dan thiamina.

Ketidakseimbangan ekosistem dunia boleh menyebabkan berlakunya bencana alam sekitar, begitu jugalah keadaannya bagi mikroflora sistem penghadaman. Ia adalah ekosistem bersaiz mikro yang perlu berada dalam keadaan seimbang agar kesihatan badan kita berada dalam keadaan baik. Dalam keadaan normal, flora usus mengekalkan keseimbangan dari segi bilangan dan jenis bakteria dalam kawasan usus yang berbeza.

Antara cara untuk mengekalkan keseimbangan dan kesihatan flora usus kita:

Pengambilan probiotik

Pengambilan probiotik sebagai makanan tambahan boleh melegakan gejala gastrousus seperti cirit-birit. Pengambilan minuman susu kultur, seperti VITAGEN yang mengandungi berbilion kultur hidup yang aktif atau bakteria baik dalam sebotol dipercayai dapat membantu menggembalikan keseimbangan dalam flora usus.2

Bakteria lactobacilli dan bifido adalah dua jenis probiotik yang paling dikaji. Pakar perubatan mengesyorkan pengambilan beberapa jenis probiotik berlainan kerana setiap jenis bakteria adalah unik dan menyumbang kepada komponen berbeza yang mempengaruhi kesihatan sistem penghadaman.3

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber penting serat, yang boleh dikaitkan dengan keupayaan mengurangkan risiko pelbagai penyakit berkaitan jantung dan gastrousus. 4 Serat membantu proses pencernaan yang lebih lancar, mencegah sembelit, menstabilkan tahap glukosa darah, dan mengurangkan risiko penyakit jantung dengan mengurangkan jumlah kolesterol dalam darah.

Sayur-sayuran yang kaya dengan komponen sulfur seperti bawang putih, brokoli, kubis, bawang dan kubis bunga membantu membekalkan glutation kepada hati, peptida antioksidan semula jadi yang penting untuk fungsi imun tubuh dan mengawal keradangan.

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran juga memastikan anda terhidrat kerana kandungan airnya yang tinggi. Kira-kira 20 peratus daripada pengambilan cecair tubuh manusia datangnya daripada makanan.

Minum untuk penghidratan

Cecair tubuh adalah penting untuk mengangkut bahan buangan daripada sel. Urea dihasilkan apabila protein dicernakan dalam tubuh. Buah pinggang menapis urea dan juga mengeluarkan bahan buangan lain daripada darah sebelum membuangnya dari tubuh melalui air kencing. Meminum air adalah cara paling berkesan untuk menambahkan semula cecair badan dan mengeluarkan toksin.

Air juga membantu mengekalkan fungsi sistem penghadaman dan mencegah sembelit. Sistem penghadaman yang sihat memerlukan cecair dan serat untuk saling bekerjasama.


Dapatkan rehat yang cukup.

Dapatkan tidur yang kerap dan mencukupi

Kajian mendapati bahawa gangguan tidur dan apa-apa perubahan dalam corak tidur mempunyai kesan negatif ke atas masalah gastrousus. Kurang tidur juga menjadikan kita mudah terdedah kepada jangkitan.6 Jumlah tidur individu yang ideal adalah berbeza tetapi kebanyakan kajian menunjukkan tujuh hingga lapan jam setiap malam adalah jumlah yang optimum. Perubahan dalam corak tidur normal boleh menyumbang kepada penyakit seperti kemurungan, sindrom metabolik, keradangan, penyakit gastrousus dan kanser. Jadi, jadual tidur yang tetap adalah penting. 7

Bukanlah sukar untuk kita memelihara kesihatan sistem penghadaman tetapi ia memerlukan disiplin yang tegas. Kesibukan dan gaya hidup masa kini yang pantas membuatkan kita sering mengabaikan mengambilan sayur-sayuran dan air, selain tidak mendapat tidur yang mencukupi.

Minuman susu kultur seperti VITAGEN yang dibuat melalui penapaian susu dengan berbilion kultur probiotik hidup adalah sumber probiotik yang lazat. Bersama-sama dengan bakteria baik dalam tubuh, ia membantu mengekalkan mikroflora usus yang sihat untuk mempertahankannya daripada toksin, bakteria berbahaya dan alergen.

http://www.nhs.uk/Livewell/Goodfood/Pages/how-to-get-more-fibre-into-you...

http://www.webmd.com/diet/6-reasons-to-drink-water?page>3

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3882397/

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3882397/

"VITAGEN mengandungi 2 strain kultur hidup yang aktif - Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei. Gabungan yang berkuasa ini membantu meningkatkan bakteria baik dalam sistem penghadaman untuk penghadaman yang lebih sihat dan sistem imun yang lebih kuat."

133 dibaca
Berita Harian X