Rabu, 21 Disember 2016 | 10:50am

2 penumpang bas ekspres cedera dalam kemalangan di Tapah


DUA penumpang cedera selepas bas ekspres terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 312 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Tapah, padi tadi.

IPOH: Dua penumpang cedera selepas sebuah bas ekspres terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 312 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Tapah, padi tadi.

Dalam kemalangan jam 4.45 pagi, 25 penumpang dan pemandu bas itu selamat.

Pemandu lori yang membawa bahan membuat kek dan biskut tidak cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah, Rani Mat Hanafiah, berkata pihaknya menerima aduan kemalangan itu pada jam 5.08 pagi sebelum mengerahkan anggota ke lokasi.

Ketika anggota bomba tiba di lokasi, semua mangsa dan penumpang bas sudah dikeluarkan dengan bantuan orang awam.

"Dua penumpang itu luka ringan manakala yang lain tidak cedera," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw, berkata semua penumpang bas berkenaan meneruskan perjalanan ke Ipoh dengan menaiki bas lain.

16 dibaca
Berita Harian X