Jumaat, 23 Disember 2016 | 11:40am

PSG setuju ikat Draxler


PEMAIN tengah Jerman, Julian Draxler. - Foto Reuters

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) bersetuju dengan perjanjian bersama Wolfsburg untuk menandatangani pemain tengah Jerman, Julian Draxler dengan nilai 36 juta euro (RM168 juta), menurut laman web sukan harian Perancis, L'Equipe.

Draxler, 23, berada di pasaran selepas Wolfsburg bergelut sejak saingan musim ini dan dijangka meninggalkan kelab berkenaan pada jendela perpindahan Januari nanti.

"Mereka yang mahu berhijrah harus pergi! Ia sepatutnya dilakukan pada musim panas," kata penyerang Wolfsburg, Mario Gomez kepada televisyen Jerman baru-baru ini.

Pengarah bola sepak PSG, Patrick Kluivert sedang mencari kekuatan tambahan selepas permulaan buruk skuad itu dalam kempen musim ini yang meletakkan mereka di tempat ketiga dalam Ligue 1, lima mata di belakang pendahulu Nice.

Skuad Unai Emery yang yang akan berdepan Barcelona dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara sudah menandatangani perjanjian yang akan menyaksikan pemain tengah muda Argentina, Giovanni Lo Celso menyertai kelab itu dari Rosario Central pada Januari. - AFP

Berita Harian X