Sabtu, 24 Disember 2016 | 10:34pm

Seorang maut, puluhan cedera nahas malam Krismas

WELLINGTON: Seorang terbunuh manakala berpuluh lain cedera apabila sebuah bas membawa 46 penumpang menggelungsur ke tebing, di sini, hari ini, kata polis.

Bas itu berada pada jarak 30 kilometer dari bandar percutian popular Gisborne, di pantai timur North Island, apabila ia merempuh penghadang jalan lalu terhumban ke cerun, kira-kira jam 10.30 malam (0930 GMT), menjelang kemuncak sambutan Krismas.

Polis berkata, seorang penumpang disahkan maut, beberapa yang cedera diterbangkan ke hospital akibat pelbagai kecederaan dan 36 dibawa ambulans ke bandar ini untuk rawatan.

Pihak berkuasa berkata, mereka memerlukan beberapa jam lagi sebelum mendedahkan butiran jika mana-mana penumpang adalah pelancong asing. -AFP

Berita Harian X