Sabtu, 13 Disember 2014 | 3:49pm
TEMPOH reman dua suspek dipercayai anggota kumpulan samun 'Geng Mamak' yang sepatutnya tamat hari ini disambung enam hari lagi. - Foto Yahya Zainuddin

Reman dua suspek Geng Mamak disambung 6 hari

IPOH: Tempoh reman dua suspek dipercayai anggota kumpulan samun 'Geng Mamak' yang sepatutnya tamat hari ini disambung enam hari lagi, kata Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam.

Beliau berkata, tahanan reman kedua-duanya dilanjutkan sehingga 19 Disember bagi membolehkan siasatan dilakukan dengan lebih mendalam. Kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merompak dengan bersenjata atau rompak serta mencuba menyebabkan kematian atau cedera parah, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kedua-dua suspek, seorang lelaki berusia 50 tahun dan wanita berumur 33 tahun itu ditahan dalam satu serbuan polis di sebuah rumah di Jalan Kuala Kangsar di sini pada jam 10.30 malam, 7 Disember lalu.

Polis menjumpai pelbagai peralatan untuk pecah rumah antaranya parang, kuku kambing, pemotong besi, topeng muka, spanar dan playar serta pelbagai nombor pendaftaran kenderaan dalam sebuah beg yang dirampas daripada suspek.

- BERNAMA

Berita Harian X