Selasa, 10 Januari 2017 | 6:46am

Trump lantik menantu jadi penasihat kanan


MENANTU Donald Trump, Jared Kushner bersama isterinya, Ivanka Trump. - Foto Reuters

WASHINGTON: Menantu bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Jared Kushner dilantik sebagai penasihat kanan Rumah Putih yang bertanggungjawab mengendalikan perjanjian perdagangan dan isu Asia Barat, kata pegawai peralihan, hari ini.

Perlantikan itu dianggap satu perkara yang jarang berlaku membabitkan anggota keluarga terdekat presiden, yang diberi peranan penting di Rumah Putih.

Kushner, 35, suami kepada anak perempuan Trump, Ivanka menerima tugas itu selepas penasihat perundangan menjelaskan beliau tidak melanggar undang-undang antinepotisme Amerika Syarikat.

Berdasarkan keputusan mahkamah, undang-undang nepotisme itu tidak terpakai di Rumah Putih dan pelantikan itu tidak memerlukan pengesahan Senat AS. - REUTERS

17 dibaca
Berita Harian X