Sabtu, 14 Januari 2017 | 2:43pm

Jet menjunam, juruterbang jet pejuang Thailand maut


KEPULAN asap tebal kelihatan selepas pesawat udara tentera Thailand terhempas berhampiran landasan kapal terbang di selatan Hat Yai, pagi tadi.

BANGKOK: Seorang juruterbang pesawat udara tentera Thailand terbunuh, selepas jet pejuang yang dipandunya terjunam lalu terbakar dalam satu pertunjukan udara di selatan Hat Yai, pagi tadi.

Rakaman kemalangan menunjukkan orang ramai menjerit kerana terkejut melihat pesawat terbabit menjunam lalu terhempas berhampiran landasan kapal terbang, hingga mengeluarkan api dan kepulan asap tebal.

"Seorang juruterbang terbunuh dalam kemalangan pagi ini," kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral, Kongcheep Tantravanich kepada AFP.

Punca nahas masih dalam siasatan. - AFP

66 dibaca
Berita Harian X