Selasa, 17 Januari 2017 | 9:51am

Angkasawan terakhir mendarat di bulan meninggal dunia


GAMBAR fail, Gene Cernan. - Foto AP

WASHINGTON: Angkasawan Amerika Syarikat (AS) terakhir menjejakkan kaki di bulan, Gene Cernan meninggal dunia semalam pada usia 82 tahun.

Dalam satu kenyataan, keluarga Cernan berkata, beliau meninggal dunia akibat sakit tua dan masalah kesihatan yang berpanjangan.

Setakat ini tiada maklumat lanjut berhubung majlis pengebumiannya.

Cernan atau nama sebenarnya Eugene Andrew Cernan yang juga komander Misi Apollo 17 adalah seorang daripada tiga angkasawan yang pernah ke bulan sebanyak tiga kali dan menjadi orang terakhir meninggalkan jejaknya di permukaan bulan pada 1972.

Sebelum Misi Apollo 17, Cernan pernah dua kali mengembara ke angkasa lepas masing-masing pada 1966 dan 1969.

Mendiang meninggalkan seorang isteri, Jan Nanna Cernan, tiga anak perempuan termasuk dua anak tiri dan sembilan cucu.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) cukup terkesan dengan pemergian angkasawan terbaiknya itu hanya beberapa minggu selepas kematian seorang lagi angkasawan, John Glenn. - Agensi

Berita Harian X