Jumaat, 20 Januari 2017 | 8:01am
 LAPAN kedai di Kea Farm, Brinchang, Cameron Highlands yang terjejas dalam kebakaran.
LAPAN kedai di Kea Farm, Brinchang, Cameron Highlands yang terjejas dalam kebakaran.

8 kedai di Kea Farm hangus

JABATAN Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) menafikan agensi itu membakar pondok haram yang dibina oleh Orang Asli di sekatan laluan balak di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah dalam operasi di Gua Musang pada Isnin. - Foto FB COAC

CAMERON HIGHLANDS: Lapan kedai di Kea Farm, Brinchang di sini, yang sering menjadi tumpuan pelancong, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Kebakaran itu membabitkan sebuah restoran dan kedai menjual barangan cenderamata dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Muhamad Haziq Hazmi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.47 tengah malam dan tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian.

Katanya, ketika sepasukan tujuh pegawai dan anggota tiba di tempat kejadian, api sudah marak membakar kedai terbabit.

"Kerja-kerja memadam kebakaran dilakukan secara ofensif dan defensif terhadap keseluruhan kedai yang terdapat di Kea Farm," katanya di sini pagi ini.

Beliau berkata, pihaknya berjaya mengawal kebakaran pada jam 6 pagi serta menyelamatkan kira-kira 40 kedai dan gerai berhampiran daripada turut terbakar.

Katanya, kerugian dianggarkan kira-kira RM500,000 dan kerja-kerja siasatan termasuk mengenal pasti punca kebakaran dilakukan dalam tempoh dua minggu ini.

Beliau berkata, operasi memadam kebakaran tamat sepenuhnya pada jam 7 pagi tadi.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X