Sabtu, 21 Januari 2017 | 12:00am

Trump kekal 50 staf Obama, pada saat-saat akhir


DONALD Trump

WASHINGTON: Donald Trump yang didakwa terdesak pada saat-saat akhir mengekalkan kira-kira 50 kakitangan Presiden Barack Obama, selepas gagal mencari pengganti untuk jawatan penting itu.

Pengacara program MSNBC, Rachel Maddow mengulas satu rakaman video menunjukkan Trump mengutuk pentadbiran Presiden Barack Obama sebagai pengasas kumpulan pengganas Daesh, ketika berkempen.

Katanya, Trump sebelum ini menggelar Obama pengasas Daesh, tetapi pada saat-saat akhir bakal Presiden itu mengekalkan jawatan pegawai kanan yang dipilihnya untuk kempen memerangi Daesh, Brett McGurk.

Maddow turut mendakwa Trump sebenarnya langsung tidak mempunyai calon sesuai untuk banyak jawatan keselamatan dan terpaksa mengekalkan barisan pegawai kanan keselamatan sedia ada. - Agensi

Berita Harian X