Sabtu, 21 Januari 2017 | 4:46am

Trudeau mahu jalin kerjasama ekonomi, keselamatan dengan Trump

PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau. - Foto Reuters
PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau. - Foto Reuters

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengucapkan tahniah kepada Presiden baharu Amerika Syarikat, Donald Trump, hari ini sambil mencadangkan mereka bekerjasama mengembalikan kekayaan untuk kedua-dua negara dan menjadikan dunia lebih selamat.

"Kanada dan Amerika Syarikat mempunyai hubungan dua hala paling rapat di dunia," kata Tredeau dalam satu kenyataan. "Kerjasama sekian lama ini penting untuk kekayaan dan keselamatan kita bersama."

Awal bulan ini, Perdana Menteri Kanada itu merombak semula Kabinet untuk menyesuaikannya dengan pentadbiran baharu Amerika Syarikat.

Beliau melantik seorang Menteri Luar yang berkongsi kebimbangan Trump bahawa globalisasi menjejaskan pekerja dan memanfaatkan Andrew Leslie, seorang jeneral bersara yang mempunyai hubungan rapat dengan beberapa penasihat Trump untuk berhubung dengan pentadbiran baharu Amerika Syarikat. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X