Isnin, 23 Januari 2017 | 1:56am

Serangan dron bunuh 7 militan al-Qaeda Yaman

SEORANG kanak-kanak mangsa perang melintas tembok yang dilukis serangan drone Amerika Syarikat di Yaman. - Foto AFP
SEORANG kanak-kanak mangsa perang melintas tembok yang dilukis serangan drone Amerika Syarikat di Yaman. - Foto AFP

ADEN: Tujuh suspek militan al-Qaeda terbunuh dalam serangan dron di tengah Yaman, dipercayai angkara tentera Amerika Syarikat (AS), kata sumber keselamatan semalam.

Seorang pegawai keselamatan yang enggan didedahkan identitinya berkata, 'tentera bersenjata al-Qaeda' terbunuh ketika kenderaan mereka diserang pada Sabtu di Sawmaa, dalam wilayah al-Bayda.

Menurut seorang lagi pegawai, serangan kedua di wilayah yang sama mengorbankan tiga suspek militan yang sedang menunggang motosikal. Serangan pada Jumaat pula mengorbankan jurulatih tentera tempatan al-Qaeda.

AS menyifatkan kumpulan militan al-Qaeda Semenanjung Arab (AQAP) cawangan Yaman itu, adalah kumpulan paling berbahaya.

Operasi menggunakan dron adalah satu-satunya dilakukan ke atas mereka di Yaman.

Bagaimanapun, laporan kempen pengeboman jangka panjang terhadap AQAP hanya sekali-sekali dikeluarkan.

Militan al-Qaeda dan Daesh adalah dua kumpulan yang cuba 'menangguk di air keruh' sejak konflik perang saudara tercetus antara kerajaan dan pemberontak Syiah Houthi, di selatan serta tenggara negara itu. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X