Isnin, 23 Januari 2017 | 9:37am

2 maut kemalangan

gn4id:18564136

REMBAU: Dua pemandu kereta maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta berhampiran Masjid Sungai Layang, Kampung Bongek, di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 11.15 malam itu menyebabkan seorang wanita berusia 50-an dan seorang lelaki berusia 30-an maut di tempat kejadian.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Pegawai Bomba Kanan II Maszoraanim Abd Hamid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.24 malam dan bergegas ke lokasi bersama dua jentera serta sembilan pegawai dan anggota.

Katanya, dua mangsa itu tersepit di tempat duduk pemandu.

"Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dan kemudian menyerahkan kepada ambulans," katanya di sini, hari ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X