Jumaat, 19 Disember 2014 | 4:59pm

Beri saya masa - Syura

Syura. - Foto fail NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman
Syura. - Foto fail NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR: Usaha untuk mendapatkan penjelasan Syura mengenai status rumah tangganya menemui jalan buntu apabila juara Master Chef Selebriti musim kedua itu enggan mengulas.

Laporan sebelum ini menyebut beliau menafikan sudah bercerai dengan Mohd Fadhly Md Yassin yang dikahwininya pada 16 April 2006.

Namun, Fadhly mengesahkan mereka sah bercerai talak satu pada September lalu.

Menerusi perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan tiga anak.

Fadhly kini dalam usaha untuk memenangi semula hati Syura dan berhasrat mahu merujuk kembali dengan bekas isterinya itu.

Sebutan semula kes mereka di mahkamah akan didengar pada 20 Januari depan.

Difahamkan Syura enggan merujuk kembali dengan bekas suaminya itu.

Terluka benar hati Syura nampaknya hingga tidak mahu beralah dalam hal ini. Ini jawapan Syura kepada BH Online menerusi khidmat aplikasi WhatsApp.

"Maaf sangat-sangat awak. Saya bukan tak nak ditemubual tapi saya belum bersedia dan perlukan masa untuk semua ini. Maaf sekali lagi ye!. Saya tahu itu kerja awak tapi saya betul-betul tak dapat nak berbual sekarang," katanya.

Menerusi perkahwinan yang dibina mereka, Syura dikurnia anak bernama Nurul Dania, 7, Nurul Qaisara Sofea, 5, dan Mohd Irfan Aryan, 2.

Berita Harian X