Rabu, 1 Februari 2017 | 10:56am

Paras 3 empangan Johor semakin pulih

JOHOR BAHRU: Paras air di empangan Layang, Lebam dan Congok di Johor semakin pulih dengan mengatasi tahap kritikal.

Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Holdings Sdn Bhd, Abdul Wahab Abdul Hamid, berkata empangan Layang di Pasir Gudang di sini, mencatat paras 24.3 meter berbanding paras kritikal 23.5 meter.

Katanya, empangan Lebam di Kota Tinggi mencatat paras 13.7 meter berbanding paras kritikal 12.27 meter, manakala empangan Congok di Mersing berada pada paras 5.40 meter berbanding 4.5 meter.

"Paras di semua empangan semakin pulih berikutan peningkatan taburan hujan, sekali gus membolehkan usaha penyimpanan air bagi menghadapi cuaca kering selepas ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan dan Teknikal Bencana Banjir Ke Segamat di Ibu Pejabat SAJ Holdings di Larkin, di sini, hari ini.

Sementara itu, Abdul Wahab berkata, misi kemanusiaan itu membabitkan 20 anggota sukarelawan dan tiga lori tangki dengan kapasiti 5,000 meter padu setiap satu.

Katanya, misi tiga hari itu termasuk khidmat kebersihan dan bantuan kepakaran dalam bidang perpaipan.

ABDUL Wahab (kanan) menyempurnakan pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan dan Teknikal Bencana Banjir Ke Segamat di Ibu Pejabat SAJ Holdings di Larkin, hari ini. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
ABDUL Wahab (kanan) menyempurnakan pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan dan Teknikal Bencana Banjir Ke Segamat di Ibu Pejabat SAJ Holdings di Larkin, hari ini. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X