Khamis, 2 Februari 2017 | 2:15pm

Kia Value 5 Plus lebih jimat

PAKEJ Kia Value 5 Plus beri lebih manfaat kepada pelanggan.

NAZA Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan KIA di Malaysia, memperkenalkan Kia Value 5 Plus, pakej pembiayaan pintar baharu yang hadir dengan lebih penjimatan kepada pemilik Kia.

Pakej baharu itu memudahkan pelanggan memiliki kenderaan Kia, terutama selepas menerima sambutan memberangsangkan daripada pelanggan yang sudah menikmati manfaat program berkenaan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings, Datuk Samson Anand George, berkata Kia Value 5 Plus adalah satu lagi pilihan kepada pelanggan untuk menikmati lebih banyak manfaat dengan pembiayaan pintar.

Ansuran bulanan RM999

Katanya, selepas pemilik Kia mendaftar dengan pakej ini, mereka akan menikmati manfaat daripada ansuran bulanan serendah RM999 sehingga lima tahun.

"Dengan tawaran terbaharu ini, pemilik Kia boleh memilih untuk menggunakan pakej istimewa ini bagi mengurangkan bayaran ansuran bulanan sehingga 10 peratus," katanya.

Kia Value 5 Plus menawarkan program mudah kepada pelanggan Kia. Selepas lima tahun pemilikan Kia, pelanggan boleh menaik taraf kereta Kia baharu dengan jaminan nilai tukar beli daripada baki nilai yang masih ada dalam Kia Value 5 Plus.

Hadiah eksklusif

Pelanggan yang membeli Kia Sportage dan Sorento baharu serta Kia Cerato di semua pusat jualan KIA sah layak untuk menikmati Kia Value 5 Plus.

Bersempena musim perayaan, Naza Kia Malaysia menganjurkan Kia Ang Pow Vaganza Day pada 14 dan 15 Januari lalu, yang mana pelanggan berpeluang memiliki model Kia terbaharu dengan ansuran hanya RM999 sebulan dengan Kia Value 5 Plus.

Selain hadiah eksklusif sempena Tahun Baru Cina, manfaat tambahan iaitu jaminan lima tahun dan servis percuma sehingga tiga tahun ditawarkan untuk semua kereta yang dibeli pada Kia Ang Pow Vaganza Day.

Info:
Kia Value 5 Plus

  • Tawar ansuran bulan serendah RM999

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X