Sabtu, 4 Februari 2017 | 3:16pm
ANGGOTA polis membawa mayat wanita mangsa bot pelancong karam yang tersangkut pada pukat tunda sebuah bot nelayan tiba di Jeti Pasukan Marin Wilayah 4 Sabah, Kota Kinabalu.
ANGGOTA polis membawa mayat wanita mangsa bot pelancong karam yang tersangkut pada pukat tunda sebuah bot nelayan tiba di Jeti Pasukan Marin Wilayah 4 Sabah, Kota Kinabalu.

Mayat wanita tersangkut pada pukat

 KENDERAAN polis yang membawa mayat wanita mangsa bot pelancong karam yang tersangkut pada pukat tunda sebuah bot nelayan tiba di jeti Markas Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 4 Sabah, Kota Kinabalu. - Foto Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Mayat wanita dipercayai pelancong warga China yang ditemui tersangkut pada pukat nelayan tempatan tiba di Jeti Pasukan Polis Marin (PPM), Kota Kinabalu, jam 2.15 petang tadi.

Mayat ditemui di lokasi 14.4 kilometer (km) barat daya Pulau Mengalum dan 36km dari Pulau Tiga, kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini, untuk bedah siasat.

Turut berada di Jeti PPM ialah Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu Chen Pei Jie; Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz dan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra.

Pada 28 Januari lalu, bot jenis katamaran dinaiki 31 orang termasuk tekong, dua kru dan 28 pelancong warga China dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum, kira-kira 30 batu nautika dari Jeti Tanjung Aru di sini, selepas tidak tiba ke destinasi pada hari sama.

Berita Harian X