Sabtu, 20 Disember 2014 | 7:47pm
SEBAHAGIAN penyokong Harimau Malaya bersemangat sebelum sepak mula pada aksi final kedua Piala Suzuki AFF 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto Ghazali Kori

Piala AFF: Kesebelasan Harimau Malaya hampir sama

KUALA LUMPUR: Kesebelasan utama hampir sama diturunkan ketua jurulatih skuad Malaysia, Dollah Salleh pada perlawanan kedua final Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Satu-satunya pemain yang digugurkan pada aksi pertama di Stadium Rajamangala Bangkok, ialah pertahanan tengah, Mohd Fadhli Shas.

Tempatnya digantikan pertahanan tinggi lampai PDRM, Mohd Afif Amiruddin.

Gandingan veteran, Shukor Adan, Amri Yahyah, Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Badhri Radzi turut dikekalkan.

SKUAD NEGARA

Farisal Marlias, S Kunanlan, Shukor Adan, Zubir Azmi, Afif Amiruddin, Azamuddin Akil, Safiq Rahim, Badhri Radzi, Amri Yahyah, Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha

Berita Harian X