Ahad, 5 Februari 2017 | 12:32am

Banjir di Pahang kian pulih

gn4id:18791665

KUANTAN: Banjir di negeri ini bertambah baik apabila hanya 96 orang daripada 25 keluarga berada di pusat pemindahan sementara (PPS) hingga jam 12 tengah malam ini, berbanding 139 orang daripada 34 keluarga petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kolonel (PA) Zainal Yusoff, berkata ia berikutan satu PPS di daerah Pekan ditutup sepenuhnya malam ini.

Katanya, mangsa banjir di daerah Pekan terus berkurangan dengan jumlah mangsa terjejas seramai 88 orang daripada 23 mangsa berbanding 132 (32 keluarga) petang tadi.

"Jumlah mangsa terjejas di Kuantan juga turut berkurangan iaitu membabitkan lapan orang daripada dua keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Semangat, dekat sini.

"Secara keseluruhan tiga PPS masih beroperasi di dua daerah iaitu dua di Pekan, dan satu di Kuantan," katanya.

Berita Harian X