Isnin, 6 Februari 2017 | 6:52pm

Penutupan jalan sempena perarakan Thaipusam

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat sempena perarakan sambutan Thaipusam pada 8, 10 dan 11 Januari ini.


KETUA Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, berkata penutupan pertama bermula dari jam 12.30 tengah malam sehingga jam 2 petang, 8 Januari (Rabu).

"Perarakan kereta berhala Silver Chariot bermula dari kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H S Lee ke kuil Sri Subramaniar Batu Caves.

"Penutupan berikutnya ialah mulai jam 4 petang 10 Januari (Jumaat) hingga jam 2 pagi 11 Januari (Sabtu), iaitu bagi perjalanan dari kuil Sri Subramaniar ke kuil Sri Maha Mariamman.

Beliau berkata, laluan terbabit adalah Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves.

Mohd Nadzri berkata, penutupan dilakukan secara berperingkat mengikut pergerakan kumpulan terbabit dan akan dibuka semula selepas perarakan selesai.

Berita Harian X