Sabtu, 11 Februari 2017 | 6:33am

H1 ganti Haval M4

HAVAL H1. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
HAVAL H1. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

HAVAL M4 kini secara rasmi dikenali sebagai HAVAL H1, penjenamaan semula sebagai salah satu langkah strategik HAVAL dalam usaha melonjakkan reputasi jenama itu di pasaran antarabangsa.

HAVAL H1 menampilkan tiga varian seperti ditawarkan model terdahulu, iaitu Comfort, Premium dan Elite. Malah, harga jualan turut dikekalkan.

Pertukaran nama itu dibuat sebagai susulan daripada usaha penjenamaan semula HAVAL daripada GWM (Great Wall Motors) selaku pengeluar kenderaan utiliti sukan (SUV) terkemuka dari China dengan hasrat menguasai pasaran antarabangsa, terutama ASEAN.

HAVAL ialah singkatan daripada 'Have All' yang bermaksud 'Semuanya Ada'. Bukan saja menawarkan pada harga mampu milik, kesemua kenderaan HAVAL turut dipadankan dengan ciri dan teknologi terkini.

Lebih sporty

SHAH ALAM 17 JANUARY 2017. Antara aksesori dan kemudahan yang terdapat di dalam model kereta Haval H1 yang dijenamakan semula pada majlis pelacaran di Haval Malaysia, Shah Alam. STR/MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMATMOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT

Berbanding M4, antara pembaharuan yang ditampilkan H1 ialah gril krom yang lebih sporty dan penampilan logo HAVAL di stereng, but dan tempat duduk.

Ketua Pegawai Eksekutif GO Auto, Ahmad Azam Sulaiman, berkata penjenamaan semula HAVAL M4 kepada H1 diharapkan dapat mengukuhkan lagi jenama HAVAL di pasaran Malaysia.

"Kami mahu kekal dengan satu nama, iaitu HAVAL dan mahu jenama ini dikenali ramai. Selepas ini, semua model kami akan diperkenalkan dengan nama HAVAL.

"Go Auto juga mencatat sejarah dalam industri automotif tempatan apabila menjadi syarikat pertama dianugerahkan lesen pembuatan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

"Kedua-dua model Haval iaitu H1 dan H2 turut menerima pengiktirafan EEV daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)," katanya.

HAVAL H1 ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B yang dijana enjin empat-silinder petrol 1.5 liter VVT MPI berkuasa 105hp pada 6,000rpm dan 138Nm pada 4,200rpm.

Transmisi enam kelajuan

SHAH ALAM 17 JANUARY 2017. Reka benrtuk enjin model kereta Haval H1 yang dijenamakan semula pada majlis pelacaran di Haval Malaysia, Shah Alam. STR/MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMATMOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT
SHAH ALAM 17 JANUARY 2017. Reka benrtuk enjin model kereta Haval H1 yang dijenamakan semula pada majlis pelacaran di Haval Malaysia, Shah Alam. STR/MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMATMOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT

Semua varian HAVAL H1 menggunakan sistem pacuan roda depan dan ditawarkan dalam transmisi AMT 6-kelajuan.

Varian HAVAL H1 Comfort berharga RM60,017, manakala HAVAL H1 Premium berharga RM65,852.

Bagi anda yang mahukan reka bentuk lebih sporty dan menarik, Go Auto turut menawarkan HAVAL H1 Elite yang berharga RM72,659 bersama ciri lampu depan halogen yang dilatari barisan LED di atasnya.

Enam warna pilihan

KETUA Pegawai Eksekutif GO Auto, Ahmad Azam Sulaiman (kiri) bersama Pengarah Eksekutif Go-Auto, Datuk Sm Azli Sm Nasimuddin Kamal (kanan) pada majlis Pelancaran Haval H1 di Haval Malaysia, Shah Alam. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

Ciri LED tambahan turut diletakkan pada lampu kabus yang pastinya menambahkan seri model berkenaan. Ada enam warna sebagai pilihan, iaitu putih, perak, hitam, biru, merah dan oren.

Lebih menarik, kesemua varian Haval H1 kini didatangkan dengan jaminan selama tujuh tahun tanpa had perbatuan.

Bagi melonjak prestasi jualan dan pemilikan, bermula 1 Januari 2017, HAVAL memperkenalkan 'Buy Back Guarantee' dengan memberi jaminan 50 peratus nilai kenderaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ini bermakna HAVAL akan membeli semula kenderaan jenama itu pada harga 50 peratus daripada harga jualan, sekiranya pemilik menjual kenderaan dalam tempoh lima tahun.

Info:

Haval H1

* Harga atas jalan termasuk insurans RM61,950 (varian Comfort), RM67,950 (varian Premium) dan RM74,950 (varian Elite)

* Jaminan 7 tahun dengan perbatuan tanpa had

* SUV pertama sebagai EEV di Malaysia

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X