Isnin, 13 Februari 2017 | 11:03am
PENYANYI, Maren Morris menerima anugerah Persembahan Solo Country Terbaik pada Anugerah Tahunan Grammy di Los Angeles. - Foto Reuters
KUMPULAN Twenty One Pilots dipilih sebagai pemenang anugerah Persembahan Duet/Pop Terbaik pada Anugerah Tahunan Grammy di Los Angeles. - Foto AFP
KUMPULAN The Chainsmokers menepuk tangan ketika menerima anugerah Grammy bagi kategori Lagu Rock Terbaik bagi pihak mendiang David Bowie menerusi lagu Blackstar pada Anugerah Tahunan Grammy di Los Angeles. - Foto Reuters
ADELE menerima anugerah Lagu Tahunan Terbaik berjudul "Hello" daripada Celine Dion pada Anugerah Tahunan Grammy di Los Angeles. - Foto Reuters

Mendiang David Bowie menang 5 trofi Grammy

LOS ANGELES: Genap setahun kematiannya, mendiang David Bowie meraih lima trofi pada Anugerah Grammy 2017 yang sedang berlangsung di Staples Center, di sini, sejak pagi tadi.

Selepas lima dekad mengabdikan diri dalam dunia muzik, buah tangan terakhir Bowie, Blackstar iaitu album ke-25 yang dihasilkannya, mendapat pengiktirafan anugerah tertinggi bidang muzik di Amerika Syarikat (AS) itu.

Setakat ini, Bowie muncul artis paling banyak memenangi trofi pada anugerah itu.

Album Blackstar yang siap dua hari sebelum Bowie menghembuskan nafas terakhir menang lima kategori utama Lagu Rock Terbaik.

Kategori lain termasuk Pakej Rakaman Terbaik, Teknologi Rakaman Terbaik (Bukan-Klasikal), Album Muzik Alternatif Terbaik dan Persembahan Rock Terbaik.

Sebelum ini, Bowie hanya pernah memenangi satu trofi Anugerah Grammy pada tahun 1985 menerusi penerbitan video pendek, Jazzin' for Blue Jean.

Dengan kemenangan ini, Bowie yang meninggal dunia pada usia 69 tahun pada 10 Januari tahun lalu, menerima 12 pencalonan pada anugerah berkenaan.

Anugerah Grammy 2017 dibuka dengan persembahan penyanyi United Kingdom (UK), Adele yang memukau penonton dengan lagu hitnya, Hello.

Selain itu, Maren Morris pula meraih kemenangan bagi anugerah Persembahan Country Terbaik bagi lagunya "My Church."

Morris, turut dicalonkan bagi anugerah Artis Baharu Terbaik muncul pemenang ketika membuat persembahan pada Anugerah Muzik Country November lalu.

Sementara itu, kumpulan Twenty One Pilots pula meraih anugerah Persembahan Terbaik Duo Pop/Kumpulan bagi lagu mereka "Stressed Out." - Agensi

Senarai Pemenang Grammy 2017

Artis Baru - Chance the Rapper

Persembahan Pop Solo - Hello (Adele)

Persembahan Duo Pop/Kumpulan - Stressed Out (Twenty One Pilots)

Album Vokal Pop Tradisional - Summertime (Willie Nelson Sings Gershwin - Willie Nelson)

Album Vokal Pop - 25 (Adele)

Persembahan Rock - Blackstar (David Bowie)

Persembahan Metal - Dystopia (Megadeth)

Lagu Rock - Blackstar ( David Bowie/komposer:David Bowie)

Album Rock - Tell Me I'm Pretty (Cage the Elephant)

Album Muzik Alternatif (Blackstar David Bowie)

Persembahan R&B - Cranes in the Sky (Solange)

Persembahan Traditional R&B - Angel (Lalah Hathaway)

Lagu R&B - Lake By the Ocean - (Hod David & Musze/Komposer-(Maxwell)

Album Kontemporari Urban - Lemonade (Beyoncé)

Album R&B - Lalah Hathaway Live (Lalah Hathaway)

Persembahan Rap - No Problem (Chance the Rapper Featuring Lil Wayne & 2 Chainz)

Album Reggae - Ziggy Marley (Ziggy Marley)

32 dibaca
Berita Harian X