Rabu, 15 Februari 2017 | 10:34am

'Kembar' Hitler ditahan


LELAKI seiras pemimpin Nazi, Adolf Hitler. - Foto AP

VIENNA: Lelaki seiras pemimpin Nazi, Adolf Hitler, yang menimbulkan kegemparan di Austria ditahan atas dakwaan melanggar undang-undang dengan mengagungkan diktator itu.

Dia ditangkap kelmarin selepas dilihat berkeliaran sekitar kampung kelahiran Hitler, Braunau am Inn, dengan memperagakan potongan misai pemimpin Nazi itu.

Pihak berkuasa menyedari kemunculannya selepas media sosial memaparkan gambar lelaki beraksi di luar rumah kelahiran Hitler.

Menurut laporan media tempatan, lelaki berkenaan memperkenalkan diri sebagai Harald Hitler dan bertegas mahu menghidangkan air mineral Austria kepada pengunjung sebuah bar di Braunau.

Suspek yang tidak melawan ketika ditangkap, dikatakan berpindah ke Braunau pertengahan Januari lalu.

"Jelas sekali beliau mahu mengagungkan Hitler," kata jurucakap polis, David Furtner. - Hindustan Times

93 dibaca
Berita Harian X