Jumaat, 17 Februari 2017 | 11:12am

Asid asid sulfurik tumpah dari lori

KIRA-KIRA 150 orang mengalami masalah pernafasan selepas asid sulfurik tumpah dari lori tangki milik syarikat kimia dan bertukar menjadi awan toksik di bandar raya Oberhause

JERMAN: Kira-kira 150 orang mengalami masalah pernafasan selepas asid sulfurik tumpah dari lori tangki milik syarikat kimia dan bertukar menjadi awan toksik di bandar raya Oberhausen.

Pasukan bomba Oberhausen merawat kebanyakan mangsa di lokasi kejadian pagi semalam, manakala empat mangsa dibawa ke hospital.

Jurucakap bomba, Joerg Preussner, berkata kebanyakan mangsa mengalami masalah pernafasan ringan tetapi semua penduduk kawasan itu diarah berada dalam rumah dan menutup tingkap.

Pengangkutan bas dihentikan dan laluan keluar lebuh raya ditutup untuk memastikan pengguna jauh dari lokasi kejadian.

Preussner berkata, tidak dapat dipastikan mengapa dan bagaimana asid sulfurik itu tumpah tetapi pasukan bomba dapat membersihkan awan toksik menggunakan air. - Russia Today

Berita Harian X