Isnin, 20 Februari 2017 | 7:19pm

Sathianathan jurulatih baharu FELDA United


B Sathianathan berkata semua pasukan perlu membuat pilihan sebaik mungkin sebelum menandatangani mana-mana pemain import. - Foto fail NSTP

KELANA JAYA: B Sathianathan sah mengisi tempat yang ditinggalkan Azmi Mohamed selaku jurulatih baharu FELDA United FC.

Sathianathan ketika ditemui di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi, berkata keputusan itu dibuat hari ini selepas kira-kira seminggu perbincangan dengan pengurusan skuad The Fighters.

"Saya akan mula bertugas esok dan akan ke Singapura untuk bersama pasukan pada aksi Piala AFC berdepan Tampines Rovers.

"Untuk peringkat awal ini, saya tidak boleh lakukan banyak perubahan dalam pasukan kerana kesuntukan masa.

"Bagi perlawanan esok, saya akan memantau dan berikan pandangan berkenaan perancangan berdepan Tampines Rovers," kata bekas jurulatih kebangsaan itu.

Berita Harian X