Khamis, 23 Februari 2017 | 8:25pm

'Takaful SeniorGold' tawar perlindungan mampu milik

KUALA LUMPUR: Zurich Takaful Malaysia Bhd (ZTMB) melancarkan Takaful SeniorGold, pelan takaful keluarga yang direka untuk menawarkan perlindungan berharga kepada mereka yang berusia 50 hingga 80 tahun dengan caruman serendah RM50 sebulan.

"Di Zurich, kami berhasrat membantu pelanggan memahami dan melindungi diri mereka daripada risiko. Kehidupan selepas persaraan sering ditempuh dengan pelbagai cabaran termasuk pengurangan atau kehilangan pendapatan tetap yang ketara.

"Justeru, kami prihatin terhadap keperluan untuk menawarkan penyelesaian takaful mampu milik bagi membantu pesara dan golongan dewasa yang mempunyai ibu bapa bersara bagi menangani risiko kewangan akibat kejadian tidak diduga.

"Takaful SeniorGold menawarkan pelanggan ketenangan fikiran supaya mereka boleh meneruskan kehidupan dengan penuh keyakinan," kata Ketua Pegawai Eksekutif ZTMB, Salim Majid Zain.

Takaful SeniorGold adalah pelan takaful keluarga caruman lazim yang menawarkan pendaftaran mudah kerana tiada taja jamin perubatan peserta diperlukan sebelum membeli pelan ini.

Ciri dan manfaat utama Takaful SeniorGold termasuk perlindungan boleh diperbaharui sehingga usia 90 tahun, Caruman Mampu Milik pada harga seunit sehingga maksimum 10 unit, menerima nilai akaun pelaburan selepas sijil matang dan lima kali jumlah asas dilindungi untuk kematian akibat kemalangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Takaful SeniorGold, pelanggan boleh menghubungi perunding khidmat atau Pusat Panggilan ZTMB di 03-6287 6666 atau layari www.zurich-takaful.com.my. - BERNAMA

Berita Harian X