Jumaat, 24 Februari 2017 | 7:42am

Gear pendaratan tidak berfungsi, pesawat mendarat senget

PENUMPANG dalam penerbangan Flybe dari Edinburgh, Scotland dipindahkan selepas gear pendaratan pesawat tidak berfungsi ketika mendarat di Lapangan Terbang Schiphol di sini.
PENUMPANG dalam penerbangan Flybe dari Edinburgh, Scotland dipindahkan selepas gear pendaratan pesawat tidak berfungsi ketika mendarat di Lapangan Terbang Schiphol di sini.

AMSTERDAM: Penumpang dalam penerbangan Flybe dari Edinburgh, Scotland dipindahkan selepas gear pendaratan pesawat tidak berfungsi ketika mendarat di Lapangan Terbang Schiphol di sini.

Perkhidmatan kecemasan dipanggil ke tempat kejadian susulan insiden terbabit.

Pesawat itu yang membawa 59 penumpang mendarat dalam keadaan senget sebelah dengan sayapnya menyentuh landasan.

Flybe berkata, tiada penumpangnya cedera dalam insiden kira-kira jam 5 petang waktu tempatan.

Lapangan Terbang Schiphol menulis tweet: "Gear pendaratan pesawat Flybe tidak berfungsi ketika mendarat. Semua penumpang dibawa ke terminal menggunakan bas ketika ini.

"Tiada penumpang yang cedera. Operasi penerbangan dijalankan seperti biasa."

Manakala Flybe dalam satu kenyataan berkata, ada insiden membabitkan sebuah pesawatnya, BE1284, namun mengesahkan tiada penumpang yang cedera. -BBC News

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X