Sabtu, 27 Disember 2014 | 3:34pm

Kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas terjatuh sungai

CAMERON HIGHLANDS: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Lemoi di Kampung Cheros, Pos Lemoi, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa Rahimah Wahid yang juga penduduk kampung Orang Asli di kawasan berkenaan dipercayai terjatuh ke dalam sungai akibat tergelincir ketika melalui jambatan kecil menyeberangi sungai itu.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa bersama beberapa penduduk kampung melalui jambatan berkenaan sebelum mangsa cuba untuk membetulkan selipar dipakainya.

Katanya, ketika cuba membetulkan seliparnya, mangsa tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai sebelum dibawa arus deras sungai.

"Kerja mencari bagaimanapun terpaksa dihentikan kira-kira jam 7 malam tadi berikutan cuaca gelap dan operasi diteruskan semula pagi ini namun sehingga sekarang mangsa masih belum ditemui," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X