Sabtu, 4 March 2017 | 6:51pm

Zaidatul cipta rekod baharu kebangsaan 100m di Pretoria

KUALA LUMPUR: Olimpian negara, Zaidatul Husniah Zulkifli memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter (m) pada Kejohanan AGN League 7 di Pretoria, Afrika Selatan, sebentar tadi.

Zaidatul Husniah merakam kepantasan 11.35 saat untuk memecahkan rekod berusia 24 tahun milik G Shanti 11.50s yang dilakar pada 7 Mei 1993 di Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim.

Kejayaan itu memberi sinar baharu buat pasukan negara menjelang temasya Sukan SEA, Kuala Lumpur, Ogos ini.

ZAIDATUL Husniah Zulkifli. - Foto BERNAMA
Berita Harian X