Jumaat, 10 March 2017 | 9:15am
Keadaan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabit dalam kemalangan maut dengan sebuah lori di Kilometer 354 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, malam tadi. - Foto Ihsan Pembaca

2 maut nahas di lebuh raya


Keadaan lori yang terbabas selepas dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 354 Lebuhraya Utara Selatan, malam tadi. - Foto Ihsan pembaca

TAPAH: Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori di Kilometer 354, Leburaya Utara Selatan (PLUS) arah utara, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.47 malam itu, penumpang Toyota Vellfire, Huen Chee Hon, 30, dan seorang warga Thailand yang belum dikenal pasti identiti, maut di lokasi kejadian.

Pemandu MPV, Lim Wai Song, 33, dan pemandu lori berusia 53 tahun dilaporkan cedera.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw, berkata kemalangan dipercayai berpunca daripada tindakan pemandu lori berkenaan yang bertukar lorong dari kiri ke kanan secara tiba-tiba.

Katanya, tindakan itu menyebabkan MPV berkenaan melanggar tepi belakang lori terbabit.

"Akibat kemalangan itu, dua penumpang MPV maut di lokasi kejadian manakala pemandunya cedera.

"Pemandu lori turut mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Somsak berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala dua mangsa cedera dirawat di hospital sama.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

24 dibaca
Berita Harian X