Isnin, 29 Disember 2014 | 3:20pm
PENGURUS Manchester United, Louis Van Gaal (kiri) bersama Ryan Giggs ketika perlawanan pasukannya dalam Liga Perdana Inggeris. - Foto EPA

Man United, Chelsea buru Seamus Coleman

LONDON: Pengurus Manchester United, Louis Van Gaal mahu memintas Chelsea dalam usaha untuk menambat pemain pertahanan Everton, Seamus Coleman.

Pengendali pasukan The Red Devils itu menganggap pemain berkenaan sebagai calon tepat untuk formasi permainan serta yang lebih baik daripada Rafael.

Pemain bek kanan yang dinilai STG25 juta (RM125 juta) itu juga boleh berfungsi di bahagian depan pada format 3-5-2 atau 4-4-2.

Menurut laporan, United berminat memancing Coleman pada musim panas lalu tetapi tidak berhasil selepas usaha membuat pertukaran dengan bekas bintang Everton, Marouane Fellaini mencapai jalan buntu.

Chelsea juga menyuarakan minat mendapatkan Coleman walau pun sudah memiliki Branislav Ivanovic dan Cesar Azpilicueta.

Berita Harian X