Isnin, 13 March 2017 | 2:06pm

2 restoran nasi kandar kotor ditutup

GEORGETOWN: Dua restoran nasi kandar popular di Jalan Pinang diarah ditutup dua minggu selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor ketika pemeriksaan pihak berkuasa di sini, pagi tadi.

Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ong Ah Teong, berkata hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan dua restoran terbabit tidak memuaskan berikutan ada najis dan bangkai tikus serta lipas berkeliaran di kawasan premisnya.

Katanya, notis penutupan premis yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang berkuat kuasa mulai hari ini, bermula sehingga 27 Mac depan.

"Pegawai Kesihatan memberi notis penutupan dua minggu kepada restoran itu kerana hasil pemeriksaan mendapati restoran terbabit beroperasi dalam keadaan kotor.

"Pemeriksaan juga menemui najis dan bangkai tikus di sekitar premis selain ada najis serta lipas hidup di stor penyimpanan stok bahan kering," katanya.

Selain itu, sebuah lagi restoran nasi kandar di Jalan Pinang dikenakan kompaun RM1,340 kerana kesalahan sama serta menggunakan kakitangan tidak mendapat suntikan tifoid yang wajib diambil setiap pengendali makanan.

PENGUATKUASA Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut Pulau Pinang membuat pemeriksaan ke atas restoran nasi kandar yang didapati beroperasi dalam keadaan kotor ketika pemeriksaan pihak berkuasa di Georgetown, pagi tadi. - Foto Zulaikha Zainuzman

Berita Harian X