Isnin, 29 Disember 2014 | 9:42pm
Presiden Ukraine, Petro Poroshenko. - Foto AP

Poroshenko akan bertemu Putin di Astana

KIEV: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, berkata beliau akan menemui rakan sejawatannya dari Russia, Vladimir Putin, dan pemimpin Jerman serta Perancis pada 15 Januari bagi membincangkan usaha damai dengan puak pemisah yang disokong Moscow.

"Tahun diplomatik saya akan bermula pada 15 Januari di Astana (Kazakhstan) seperti di Normand," kata Poroshenko merujuk rundingan krisis empat pemimpin berkenaan yang diadakan kali pertama di Perancis Jun lalu. - AFP

23 dibaca
Berita Harian X