Khamis, 16 March 2017 | 12:04pm

102 calon SPM dapat A+ semua subjek

PUTRAJAYA: Hanya 102 atau 1.94 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 mendapat keputusan A+ dalam semua subjek diduduki, merosot berbanding 163 calon atau 2.6 peratus pada 2015.

Mereka adalah sebahagian daripada 8,647 atau 2.13 peratus calon meraih pencapaian cemerlang (A+, A, A-) dalam semua subjek diduduki yang turut merosot berbanding 9,721 (2.38 peratus) pada 2015.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata penurunan bilangan itu bagaimanapun tidak menjejaskan prestasi Gred Purata Nasional (GPN) yang mencatat prestasi lebih baik kali ini.

"Jangan hanya melihat calon cemerlang yang mendapat semua A kerana kita menilai secara menyeluruh menerusi GPN," katanya pada sidang media sempena pengumuman analisis keputusan SPM 2016 di Kementerian Pendidikan di sini, pagi ini.

Berita Harian X