Khamis, 16 March 2017 | 1:39pm

Kes penderaan fizikal kanak-kanak tinggi

DATUK Azizah Mohd Dun. - Foto NSTP/Surianie Mohd Hanif
DATUK Azizah Mohd Dun. - Foto NSTP/Surianie Mohd Hanif

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,470 kes penderaan fizikal terhadap kanak-kanak direkodkan dalam tempoh dua tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Azizah Mohd Dun, berkata kes berkenaan adalah paling tinggi dicatatkan berbanding lagi dua lagi kategori penderaan terhadap kanak-kanak di negara ini.

Katanya, penderaan seksual membabitkan kanak-kanak yang dicatatkan dalam tempoh yang sama adalah sebanyak 2,012 kes (43.25 peratus) dan penderaan emosi sebanyak 170 kes (3.65 peratus).

"Dalam kebanyakan kes yang teruk, penderaan terhadap kanak-kanak boleh membawa kepada kematian," katanya menjawab soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong-BN) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjelaskan perbalahan keluarga adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada penderaan kanak-kanak.

"Berdasarkan rekod sebanyak 3,718 kes dicatatkan sepanjang 2012 hingga 2016, " katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X