Jumaat, 17 March 2017 | 12:00am

Solekan semula jadi serikan mempelai

SOLEKAN antara elemen penting bagi bakal pengantin bagi memastikan penampilan mereka pada hari istimewa lebih berseri-seri.

Jurusolek By Terry, Irene Chua Jia Lim, berkata tahun ini trend solekan untuk mempelai perempuan ialah berasaskan rona semula jadi.

"Kecantikan akan lebih terserlah dengan padanan warna bersesuaian dengan busana pengantin. Tugas kami untuk menyerlahkan sisi kecantikan pengantin dengan menggunakan teknik yang sesuai bagi menaikkan aura dan seri mereka," katanya.

Teknik solekan

Irene berkata, teknik solekan semula jadi untuk pengantin memerlukan bedak asas yang ada ton tepat dengan wajah.

"Teknik kontur muka juga penting untuk serlahkan bentuk muka menjadi lebih tajam dan menyerlah," katanya.

Minggu ini, Aura akan berkongsi teknik solekan yang bakal pengantin boleh cuba pada hari perkahwinan nanti.

Solekan menggunakan produk by Terry

1. Sapukan primer di seluruh wajah.

2. Kemudian sapukan bedak asas dengan menggunakan cod peach biege 5.

3. Jika anda mempunyai bawah mata yang gelap atau cela gunakan penyamar noda di sekitar kawasan berkenaan

4. Untuk solekan tahan lama gunakan primer mata sebelum menyapu sebarang solekan. Gunakan pensel celak dan lukis pada sudut dalam mata ke luar.

5. Bagi pembayang mata pula gunakan palet By Terry koleksi musim panas 2017 yang menawarkan koleksi warna semula jadi. Gunakan dua ton warna dan ratakan pada kelopak mata.

6. Gunakan Glow Expert By Terry yang mempunyai duo fungsi. Koleksi warna peachy petal mampu menaikkan seri wajah. Sapukan pada tulang pipi dan ratakan

7. Solekan semula jadi memerlukan gincu yang lebih gelap atau terang warnanya. Sapukan Gloss By Terry Midnight Shine

Info: Solekan

  • Sesuai untuk majlis pada waktu siang.
  • Untuk kekal lama solekan 'setting spray' pada wajah.
  • Sempurnakan solekan dengan bedak tabur.
Berita Harian X