Jumaat, 17 March 2017 | 10:31pm

Empat lagi pesilat negara ke final


PESILAT lelaki negara, Mohd Fauzi Khalid (kanan) beraksi ketika menentang pesilat dari Filipina, Raymund Bueno pada separuh akhir kelas F Kejohanan Silat Asia Tenggara ketujuh di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Gombak. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Empat pesilat negara mengesahkan slot ke peringkat akhir Kejuaraan Silat Asia Tenggara/Pra Sukan SEA, yang akan berlangsung esok.

esok yang berlangsung di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO), di sini, hari ini.

Pada aksi separuh akhir hari ini, bekas juara dunia, Mohd Fauzi Khalid menjadi atlet pertama mengesahkan slot ke final Putra F selepas menewaskan Raymund Bueno dari Filipina, 5-0.

Mohd Fauzi, pemenang dua pingat emas Sukan SEA itu akan bertemu Abdul Raaziq Abdul Rashid dari Singapura untuk aksi final, pagi esok.

Mastafa Fitri Masjuri turut mengikut jejak Mohd Fauzi bagi merebut gelaran juara kelas A selepas menundukkan Hamillatu Arash Juffrie dengan kemenangan mutlak, 5-0, hari ini. Beliau itri dijadual bertemu Nguyen Thanh Tri dari Vietnam.

Atlet Program Kita Juara 2017, Siti Zubaidah Che Omar, yang menewaskan Rewasee Damsri (Thailand), 3-2, akan berdepan Nurul Suhaila Mohd Saiful dari Singapura dalam kelas Putri D.

Siti Humairah Kasidin (Putri B) melengkapkan kem negara mara ke final selepas mencatatkan kemenangan mutlak 5-0 terhadap wakil Thailand, Suda Lualueangaphichakun.

Terdahulu, empat wakil negara telah mengesahkan skot ke final.

Juara dunia tiga kali, Mohd Al Jufferi Jamari akan bertemu Poomisak Ngankoh dari Thailand, manakala pesilat muda negara, Mohd Zarish Hakim Shukor akan berdepan musuh ketatnya dari Indonesia, Hanifan Yudani Kusumah.

Sementara itu, dalam pertarungan kelas Putra H, Muhammad Robial Sobri akan bertemu Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin dari Singapura, manakala Muhammad Amirul Basaruddin dijadualkan bertemu jaguh Vietnam, Pham Van Tien dalam kelas Putra B.

Setakat ini, Malaysia sudah meraih tiga pingat emas dalam kategori Seni - Ganda Lelaki, Tunggal Lelaki dan Ganda Wanita.

Berita Harian X