Selasa, 30 Disember 2014 | 4:05pm

Liga-M: JDT serap 7 pemain baharu mantap pasukan


Pemain JDT Safiq Rahim (tengah) bersama rakan pasukan menjalani sesi latihan Skuad JDT musim 2015 di Padang Sri Gelam Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) menyambung usaha memperkuatkan pasukan dengan membawa masuk tujuh pemain baharu - majoriti pemain kebangsaan - untuk musim Liga Malaysia 2015.

Skuad bimbingan Bojan Hodak makin mantap dengan kehadiran Gary Steven Robbat, Farizal Marlias, S Kunanlan, S Chanturu, Fandi Othman, Mohd Amer Saidin dan Junior Eldstal.

Selain itu pemain ternama lain yang dikekalkan JDT adalah Mohd Amri Yahyah, Safee Sali, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, Mohd Fadhli Shas, Daudsu Jamaluddin, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Al-Hafiz Hamzah, Safiq Rahim, Shakir Shaari, Jazsarin Jamaluddin, Nazrin Nawi dan Amirul Hadi Zainal.

Empat pemain import - Luciano Figueroa, Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan Harris Harun - turut dikekalkan.

Skuad 25 pemain 'Harimau Selatan' diumumkan, malam tadi. - BERNAMA

Berita Harian X