X
Sabtu, 18 March 2017 | 5:38pm

Solat hajat untuk 2 mangsa hilang

PELAJAR dari Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Rahmaniah Bukit Beruntung mengaminkan bacaan doa selepas solat hajat berikutan dua lagi mangsa yang belum ditemui. - Foto Sairien Nafis
PELAJAR dari Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Rahmaniah Bukit Beruntung mengaminkan bacaan doa selepas solat hajat berikutan dua lagi mangsa yang belum ditemui. - Foto Sairien Nafis

KUALA KUBU BHARU: Sekumpulan pelajar tahfiz dan dua guru dari Sekolah Tahfiz Bukit Beruntung menunaikan solat hajat sebentar tadi, bagi membantu usaha pencarian dua mangsa yang dilaporkan hanyut di Sungai SKC dekat sini.

Solat hajat dilakukan di pelantar ruangan khas yang disediakan oleh pihak bomba berhampiran kawasan pencarian.

Bacaan surah Yasin turut dilakukan oleh kumpulan berkenaan, bertujuan memohon petunjuk Allah dalam mempermudahkan urusan pencarian baki dua mangsa yang belum ditemui.

Setakat jam 5 petang tadi, Mohd Ikhwan Mohd Ridhuan, 10, dan Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12, belum ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Bomba dan Penyelamat.

Dalam kejadian petang semalam, lima kanak-kanak lemas dihanyutkan arus deras di Sungai SKC berhampiran Kelab Golf Bukit Beruntung, ketika menangguk ikan manakala dua lagi masih hilang.

Seorang mangsa sempat menyelamatkan diri selepas berpaut pada batang paip.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X