Sabtu, 18 March 2017 | 9:18pm

Pope lawat Mesir, jumpa imam besar Al-Azhar


Pope Francis. - Foto EPA

VATICAN CITY: Pemimpin Roman Katolik, Pope Francis, akan melawat Kaherah pada 28 hingga 29 April ini atas jemputan presiden negara itu dan Imam Besar Masjid Al-Azhar.

Francis menyambut kedatangan Imam Besar Ahmed al-Tayeb di Vatican pada Mei lalu, dalam pertemuan bersejarah dengan antara ulama terkemuka Islam.

Pertemuan itu adalah kemuncak hubungan yang semakin pulih selepas ia terjejas berikutan siri perbalahan dengan pope terdahulu, Benedict XVI.

Francis menjadikan dialog antara agama dan perpaduan sebagai tema utama dan menyelia pemulihan hubungan dengan Kristian Ortodoks dan Protestant.

Pope dari Argentina itu sudah lama menerima undangan melawat Mesir, yang dihulurkan Presiden Abdel Fattah al-Sisi ketika berjumpa Francis di Vatican pada 2014. - AFP

Berita Harian X