Khamis, 7 Ogos 2014 | 11:11am

Kapal nelayan 'menjala' bangkai pesawat kecil dan mayat

WELLINGTON: Anggota kru kapal nelayan di New Zealand terperanjat besar apabila mendapati hasil tangkapan mereka bukannya ikan tetapi sebuah bangkai pesawat kecil dengan mayat di dalamnya.

Polis berkata kapal itu melaporkan bahawa ia menarik naik sebuah pesawat di dalam jalanya.

Polis sedang berusaha untuk menghubungi keluarga juruterbang Auckland yang hilang, Daroish Kraidy mengenai penemuan mayat terbabit.

Juruterbang berusia 53 tahun itu berlepas pada 25 Mac lalu dengan pesawat akrobatik buatan sendiri dari sebuah landasan berhampiran Auckland.

Petugas penyelamat melancarkan oeprasi mencari selama seminggu tetapi gagal menemui Kraidy mahupun pesawatnya.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam New Zealand mengesahkan pesawat Kraidy adalah satu-satunya pesawat yang hilang buat masa ini. - AP

80 dibaca
Berita Harian X